Thursday, December 31, 2015

Bicara Sunan

Permulaan tahun baru masihi ini menunjukkan perjalanan ke hadapan yang agak getir dan dalam pada itu masing-masing bersedia dengan senario ekonomi yang mungkin kian parah ke depan ini. Inilah sedikit penerangan ringkas arah hidup marhaen di Malaysia secara khusus.

Walaupun di awal tahun baru ini berlegar cerita mengenai penurunan harga minyak, namun pastinya belum dapat memberikan impak ekonomi yang besar kepada marhaen. Harga barang yang meningkat dulunya gara-gara Goverment Service Tax (GST) belum ada tanda-tanda penurunan.

Kerajaan masih lagi meneruskan trend GST ini untuk menampung perbelanjaan dan ketirisan yang semakin hebat. Jumlah perbelanjaan dan hasil kerajaan saban tahun yang semakin meningkat menunjukkan kegagalan kerajaan dalam mengurus kewangan negara.

"Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P)  Hasil (H)
2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion"

Jumlah hutang negara yang semakin meningkat juga memainkan peranan yang cukup signifikan ke arah kenaikkan harga barang yang cukup ketara. Bonus atau pemberian kerajaan kepada kakitangan awam juga belum tentu dapat menampung beban yang semakin meningkat dan begitu juga dengan nilai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) belum tentu dapat memberi keselesaan kepada golongan marhaen.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion 
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion  
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion 
(Sumber The Economist)

Dengan merujuk kepada jadual hutang negara di atas, pertamanya kita nampak secara jelas kegagalan negara dalam mengurus kewangan negara dan keduanya implikasi ekonomi yang parah pasti akan berlanjutan dalam tempoh yang cukup lama ke depan nanti.

Dan tidak mustahil Malaysia akan menjadi muflis seperti negara di Amerika Latin iaitu Mexico dan Argentina, dan fenomena ini bukan sahaja bakal menyusah golongan marhaen, bahkan kakitangan awam juga akan menerima tempias daripada fenomena ini.

Maklumat yang kita terima bahawa tujuh negeri sekarang mungkin muflis disebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan.

Johor yang dikenali sebagai negeri kuda kepang yang menjadi kubu tradisi parti kerajaan itu kini kekurangan wang tunai sebanyak RM760.79 juta. Ini diikuti oleh Kedah, tanah kelahiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini mengalami defisit RM533.10 juta dan disusuli oleh Pahang, negeri yang gah dengan hasil balaknya yang kekurangan RM303.72 juta.

Di tempat kempat, ialah negeri Kelantan ( defisit RM261.68 juta), diikuti Sabah (RM 110.96 juta), Perlis (RM104.67 juta) dan Terengganu di tangga terakhir (RM94.88 juta).

Maka kini kita semua perlu melihat dengan lebih jauh lagi bagaimana kerajaan yang ada ini apakah relevan atau tidak berada di puncak pemerintahan negara atau sudah sampai masanya kita letakkan dengan baik di bawah untuk kita pamerkan sejarahnya di muzium penghancur negara.

Daripada penjelasan secara ringkas di atas, secara umumnya dapat kita perhatikan bagaimana trend kehidupan marhaen kini semakin meruncing dengan masalah ekonomi. Solusi demi solusi yang dibuat kerajaan sebenarnya bukan membantu bahkan membuatkan golongan marhaen lebih menderita dari hari ke hari.

Itu belum lagi dimasukkan dengan isu TPPA yang juga merupakan penjerut tengkuk ekonomi marhaen.
Baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan cerita bahawa tol-tol lebuhraya juga akan dikenakan GST. Semuanya berkisar ke arah menaikkan pendapatan negara dan menurunkan nilai perbelanjaan marhaen. Justeru dari itu timbul satu pertanyaan. Apakah kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan rakyat atau kerajaan yang ada hari ini kerajaan yang menghambakan rakyat?

Apa lagi yang ditunggu oleh rakyat jelata sekalian? Muslihat apa lagi yang ditunggu setelah lebih 50 tahun merdeka? Seolah-olah kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dahulu tidak memberi sebarang makna yang relevan kepada keselesaan marhaen. Yang bertukar hanya pemerintahnya daripada penjajah kepada anak bangsa namun sistem dan kaedahnya masih lagi menggunakan sistem dan kaedah penjajah.

Itu baru soal ekonomi yang dipamerkan dan tanpa data-data yang akurat, namun cukup memberitahu kita bahawa Malaysia ini sudah parah, kerajaan yang ada ini kerajaan yang nyanyuk dan gila.

Kini hanya rakyatlah sebagai penentu kepada jatuh bangun kepimpinan negara. Apa lagi yang boleh diharap kepada situa yang telah lupa dan nyanyuk, yang jalannya pun mengatur tapak melangkah perlahan. Mahu tidak mahu, situa ini kita sarankan berhenti daripada menerajui kerajaan dan kita pastikan ianya berehat. Wallahu 'alam bissawwab.

Tongkat Sunan
1 Januari 2016

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...