Tuesday, December 29, 2015

Bicara Sunan

PAS sudah lama mengambil langkah menasihati UMNO dan Barisan Nasional dalam pelbagai perkara dan proses ini telah ada sejak PAS keluar daripada Kerajaan Perikatan dahulu.
Dan dalam masa yang sama juga, PAS tidak membiarkan UMNO dan Barisan Nasional sewenang-wenangnya melakukan kejahatan dan kemaksiatan tanpa teguran. Peranan PAS sebagai sebuah parti siasah dan dakwah mestilah dilihat dalam konteks yang lebih luas. Bukan semua benda mesti ditentang walau sebenci manapun PAS kepada Barisan Nasional. Ada masa kita memerangi mereka dan dalam masa yang sama kita terus menjalankan misi dakwah kepada mereka.
Tindakan mengisytiharkan perang sepanjang masa kepada mereka bukanlah satu tindakan yang bijak kerana seolah-olah dilihat seperti tindakan kebudak-budakan. Kita khuatir dalam parti-parti pembangkang lain menjunjung proses kebencian ini sepanjang masa, suatu hari nanti mereka akan terjebak merindui dan menyayangi UMNO dan Barisan Nasional. Contoh-contoh yang ada sebelum ini menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini yang begitu tegar menyelar Barisan Nasional kini telah bersama mereka.
Dalam sirah perjuangan Nabi saw dan para sahabat kita sendiri dapat melihat bagaimana pendekatan yang dibawa oleh Baginda saw dan para sahabat ra. Di mana Baginda saw sendiri berbuat baik kepada Yahudi yang kuat menentang Islam pada masa itu dan juga bagaimana kisah Yahudi yang memeluk Islam di dalam perang hanya kerana terpesona dengan disiplin dan contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat.
Justeru dengan itu dalam beberapa hal PAS mengambil sikap berlembut dengan Barisan Nasional dan dalam beberapa hal lagi PAS tidak bersetuju dengan mereka.
Begitulah yang diajar oleh Islam, dalam mendekati mad'u atau sasaran dakwah. Namun dalam suasana perang atau suasana pilihanraya khususnya, maka segala matlamatnya adalah untuk memperolehi kemenangan.
PAS tidak akan membiarkan UMNO dan Barisan Nasional dengan mudah mencalarkan imej Islam dan PAS mahu ahli-ahli UMNO melihat dan nampak akan tujuan sebenar PAS dalam memperjuangkan Islam dan tidak berkompromi dengan tindakan-tindakan yang salah dari segi syariat Islam itu sendiri.
Buat parti-parti pembangkang yang tidak senada dengan PAS, teruslah bermusuh dengan PAS, teruslah mencerca dan menghina Presiden PAS, kalau itu yang akan membahagiakan kamu. Namun harus diingat, PAS masih ada ahlinya dan jangan sampai ahli PAS hilang kesabarannya.
Makin PAS dikata dan dicerca, makin PAS diberi perhatian dan mereka-mereka di luar sana berbondong-bondong masuk ke dalam PAS.
Seperti yang kita lihat kini, UMNO  bercita-cita untuk bersama dengan PAS walaupun PAS menolak untuk bersama namun boleh bekerjasama dalam beberapa hal. Dan juga ada suara-suara dari parti pembangkang yang juga bercita-cita untuk bersama PAS. Kini sedarlah semua bahawa PAS menjadi sebutan pihak lawan dari segenap penjuru.
Sehingga yang keluar dari PAS dan menubuhkan parti baru juga mahu bersama PAS. Namun berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam Islam, mereka yang kafir hendaklah diseru kepada Islam dan mereka yang murtad diberi kata dua, kembali kepada Islam atau mati dibunuh.
Justeru tidak salah kalau PAS berprinsip untuk mengatakan tidak kepada para pengkhianat, iaitu PAS berlepas tangan dari pengkhianat-pengkhianat ini dan tidak akan bersama mereka dalam apa jua keadaan selagi mereka tidak insaf. Bagaimana hendak insaf? Keluar dari pakatan khianat dan kembali kepada PAS. In sya Allah, PAS menerima mereka-mereka yang insaf.
Jangan pula ada yang mengatakan PAS hendak membunuh pengkhianat, jauh sekali kami dari berfikir sedemikian. Dan juga jangan ada yang kata PAS hendak menjadi Tuhan kerana apa yang PAS lakukan dulu sehingga kini adalah atas skala menjunjung perintah Ilahi yang disampaikan oleh Nabi saw.
PAS kini tidak ada masa lagi untuk melayan para pengkhianat ini, PAS sibuk melayani ahli baru yang menyertai PAS ribuan orang setiap bulan.
Andainya sudah tidak ternampak bulan dan bintang di dalam PAS, maka lupakan terus PAS dan carilah bulan dan bintang di lain tempat, semoga ketemu apa yang dicari dan jangan sampai nanti jalan menunduk di hadapan kami.
Pesanan terakhir, lihat siapa pimpinan kalian, apa anutannya dan di balik apa ia berlindung? Dan jangan tidak tahu bahawa kemunculan kalian sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada PAS.
Wallahu 'alam....

Tongkat Sunan
29 Disember 2015

1 comment:

  1. saya Sukiman seorang TKI DI MALAYSIA
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji istri saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan istri saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran TOTO DAN MAGNUM
    angka yang di berikan waktu itu 4D
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
    MBAH KASSENG
    NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...