Tuesday, February 26, 2019

Malaysia dalam Bahaya : Kepimpinan Membawa Rebah

Setelah hampir satu tahun Malaysia diperintah oleh kepimpinan baru, Malaysia kini dilihat menuju kehancuran sedikit demi sedikit. Jelas dan nyata, Malaysia telah diratah dalam skala yang amat besar melibatkan agenda ekonomi, politik dan yang paling utama adalah proses penghancuran Islam yang berjalan tanpa henti.

Sebelum ini kita hanya mendengar khabar-khabar angin bahawa kepimpinan yang lama dibarisi oleh wajah-wajah Freemason namun perkara itu kekal sebagai bayang-bayang dan tidak begitu membimbangkan, namun kini ianya muncul dalam bentuk yang nyata dan menakutkan.

Agenda Kristianisasi dan Freemason ini hampir pasti berjalan seiring dan masing-masing penggerak agenda tersebut di Malaysia, berada ditampuk tertinggi kerajaan.

Maka dengan itu kita lihat kini Islam dan segala macam faktornya mula dipertikai dan dipersoalkan. Di samping itu juga, Islam di Malaysia juga terus menerus dihina oleh non Muslim dan yang teramat malang lagi, ada di kalangan mereka ini adalah penganut kepada Islam itu sendiri.

Saudara Adib yang tewas dalam peristiwa rusuhan kuil satu ketika dahulu, tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Gerombolan puak-puak LIBERAL yang mempersoalkan hukum-hukum Islam mulai bertebaran.

Bahan-bahan penerbitan yang berbau Syi'ah di mana satu ketika dahulu diharamkan, kini ada ura-ura untuk dilepaskan kepada umum.

Agenda kristianisasi sedikit demi sedikit mula menguasai jajaran politik Melayu di Malaysia.

Sesiapa sahaja sekarang berhak untuk mempersoalkan hukum-hukum Islam dan membuat tafsiran baru ke atas ajaran Islam.

Demikianlah sebahagian daripada proses keruntuhan Islam di Malaysia di mana kini ianya seperti air deras yang melanda kesan daripada tsunami politik yang berlaku sehingga mengubah landskap politik negara yang dahulunya dikuasai oleh umat Islam.

Walaupun Islam dilihat masih majoriti namun seperti berada di dalam penjara dan terpaksa menurut segala arahan dan perintah daripada tangan ghaib yang hendak meruntuhkan Islam.

Tongkat Sunan
27022019/017
#MampuCentre
#IslamMemimpin
#IslamBangkit
#MembangunBersamaIslam
#HayunanSemenyih

Sertai Kami Di :
http://telegram.me/tongkatsunan

Wednesday, March 21, 2018

Wahai Bonda

Wahai Bonda,
Tidak terlihat derita di wajah mu,
Walau terpalit ujian demi ujian,
Engkau lalui dengan sabar,
Biar terlentang di pembaringan.
Derita mu bukan biasa-biasa,
Tak mampu berbuat apa-apa,
Hanya berserah kepada kehendak-Nya,
Dalam melalui hari-hari mendatang.
Wahai Bonda,
Ampunkan anak mu ini,
Andai terkasar dalam mengurus mu,
Terkadang dikejar waktu yang tanpa kompromi,
Memaksa bergegas ke urusan duniawi.
Andai kematian menjemput anak mu ini,
Ku harapkan kematian di sisi Bonda,
Agar doa Bonda sentiasa mengiringi ku.
Wahai Bonda,
Hancur rasa hati,
Melihat Bonda begini,
Namun Bonda kekal tabah,
Tanpa pernah ku lihat air mata kecewa.
Siang malam silih berganti,
Minggu demi minggu,
Bulan-bulan yang tak terhitung,
Bonda masih sama,
Tegar menghadapi segalanya.
Wahai Bonda,
Doaku khusus buat bonda,
Semoga Allah mengampuni segala dosa Bonda,
Menempatkan Bonda di sisi-Nya nanti,
Bersama bangsawan-bangsawan al-Firdausi.
Semoga Allah menjaga Bonda,
Di dalam tidur dan jaga,
Di dalam senang dan susah,
Di dalam kepayahan dan penderitaan.
Wahai Bonda,
Engkau umpama cahaya dalam kegelapan,
Engkau umpama sinar pembimbing jalan ku,
Dalam meniti hari-hari berliku,
Menjadi asbab taubat ku,
Menjadi kekuatan diri ku,
Kala resah menghunjam kalbu.

Thursday, April 6, 2017

Kenapa Mereka Menentang Islam?

Sifat orang-orang yahudi yang menentang Islam itu adalah tidak akan menerima kebenaran walau dalam apa cara sekalipun. Maka benarlah apa yang disebut dalam alquran, "dan tidak akan redha Yahudi dan Nasrani itu melainkan setelah kamu mengikut jalan mereka".
Maka sebagaimana tingkah dan kelaku Yahudi itu, maka begitu jugalah tingkah dan kelaku para munafiq yang sememangnya amat benci kepada Islam.
Dan itu jugalah yang kini berlaku di Malaysia, bagaimana puak-puak kafir juhalak dan munafiq ini bergabung tenaga untuk menghancurkan Islam. Puak munafik beria-ia menyokong dan mengikut segala kehendak puak-puak kafir juhalak ini. Biarpun yang disuruh itu salah, yang diminta itu bercanggah, yang diharap itu memalukan, maka apa sahaja kehendak para alkafirun ini akan dituruti dan dipatuhi dengan sepenuh hati.
Bagaimana pun penjelasan yang diberi, bagaimana pun dalil yang dibacakan, bagaimana pun huraian yang dibentangkan, selagi abang besar kata "tidak" maka mereka akan juga berkata "tidak". Maka dicarilah 1000 alasan dan diutarakan 1000 bantahan ditambah lagi dengan 1000 sindiran.
Alangkah malangnya mereka dan pengikut mereka, di mata umat Islam yang cintakan Islam, didahi mereka *barangkali* sudah tertulis "ك ف ر".

Tongkat Sunan
7 April 2016

Kenapa PAN Begitu Membenci PAS?

Kenapa PAN begitu membenci PAS? Sehingga apa sahaja perkara yang dibuat oleh PAS tidak ada yang betul dan disanggah habis-habisan walaupun perkara tersebut dalam rangka memperkasakan Islam di Malaysia.
Adakah kerana PAS tidak mahu menyertai pakatan mereka ataupun kerana dendam lama yang masih belum usai dalam tajuk kekalahan di muktamar yang lalu.
Ataukah PAN begitu wala kepada DAP sehingga perkara-perkara yang bersangkutan dengan Islam sendiri tidak boleh diutamakan agendanya kerana menjaga hati DAP?
Kalau beginilah sikap PAN kepada PAS, maka samalah mereka dengan UMNO yang juga terpaksa menurut kehendak bukan Islam di dalam Barisan Nasional. Apa perbezaan UMNO dan PAN, di mana UMNO terpaksa menyerahkan kembali pembentangan RUU355 kepada PAS kerana hendak menjaga hati parti-parti bukan Islam dalam komponen Barisan Nasional dan juga PAN terpaksa mengutuk, mengata, mencerca dan sebagainya kepada PAS dalam rangka menjaga hati dan membodek DAP.
Begitu juga dengan akta 164 yang kononnya telah dibatalkan pembentangannya di mana dalam perkara ini UMNO antara yang bersetuju dengan akta ini untuk kepentingan bukan Islam daripada kepentingan Islam dan juga dalam masa yang sama PAN terus berdiam diri dengan akta ini kerana tidak mahu mengecilkan hati DAP atau juga mungkin takut dengan DAP.
Sesuailah dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri iaitu "kepentingan negara mengatasi lain-lain kepentingan" sedangkan yang sepatutnya adalah "kepentingan Islam mengatasi lain-lain kepentingan".
Terang sudah siapa PAN yang sebenarnya, mereka tidak ada bezanya dengan UMNO, melainkan PAN adalah parti pembangkang dan UMNO adalah parti kerajaan. Masing-masing mempertahankan dan membela kawan mereka yang bukan Islam kerana kepentingan yang bukan kepentingan Islam.
Sekian.

Tongkat Sunan
7 April 2017

Wednesday, March 9, 2016

ISLAM ATAU BANGSA

Wahai pencinta bangsa Melayu aka nasionalis,
Wahai pencinta bangsa Melayu aka nasionalis
Yang beragama,
Wahai pencinta bangsa Melayu aka nasionalis
Yang beragama Islam.

Mana yang lebih bermakna?
Melayu yang kamu perjuangkan?
Atau Islam yang kamu anuti?

Adakah Cina Islam akan bertukar menjadi Melayu?
Adakah India Islam akan bertukar menjadi Melayu?
Adakah Lain-lain bangsa yang Muslim akan bertukar menjadi Melayu?

Mana lebih gagah?
Melayu dan Islam dengan bangsanya?
Cina dan Budha dengan bangsanya?
India dan Hindu dengan bangsanya?
Lain-lain agama dan bangsanya?
Atau Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa yang menganut Islam?

Berfikir dengan akal berpandukan al-Quran,
Bukan berfikir dengan nafsu berpandukan akal,
Kembalilah kepada Islam maka kamu akan cemerlang,
Bukan terheret dengan bangsa yang bakal membawa musibah.

Tongkat Sunan
1 Jamadil Akhir 1437H

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...