Tuesday, February 26, 2019

Malaysia dalam Bahaya : Kepimpinan Membawa Rebah

Setelah hampir satu tahun Malaysia diperintah oleh kepimpinan baru, Malaysia kini dilihat menuju kehancuran sedikit demi sedikit. Jelas dan nyata, Malaysia telah diratah dalam skala yang amat besar melibatkan agenda ekonomi, politik dan yang paling utama adalah proses penghancuran Islam yang berjalan tanpa henti.

Sebelum ini kita hanya mendengar khabar-khabar angin bahawa kepimpinan yang lama dibarisi oleh wajah-wajah Freemason namun perkara itu kekal sebagai bayang-bayang dan tidak begitu membimbangkan, namun kini ianya muncul dalam bentuk yang nyata dan menakutkan.

Agenda Kristianisasi dan Freemason ini hampir pasti berjalan seiring dan masing-masing penggerak agenda tersebut di Malaysia, berada ditampuk tertinggi kerajaan.

Maka dengan itu kita lihat kini Islam dan segala macam faktornya mula dipertikai dan dipersoalkan. Di samping itu juga, Islam di Malaysia juga terus menerus dihina oleh non Muslim dan yang teramat malang lagi, ada di kalangan mereka ini adalah penganut kepada Islam itu sendiri.

Saudara Adib yang tewas dalam peristiwa rusuhan kuil satu ketika dahulu, tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Gerombolan puak-puak LIBERAL yang mempersoalkan hukum-hukum Islam mulai bertebaran.

Bahan-bahan penerbitan yang berbau Syi'ah di mana satu ketika dahulu diharamkan, kini ada ura-ura untuk dilepaskan kepada umum.

Agenda kristianisasi sedikit demi sedikit mula menguasai jajaran politik Melayu di Malaysia.

Sesiapa sahaja sekarang berhak untuk mempersoalkan hukum-hukum Islam dan membuat tafsiran baru ke atas ajaran Islam.

Demikianlah sebahagian daripada proses keruntuhan Islam di Malaysia di mana kini ianya seperti air deras yang melanda kesan daripada tsunami politik yang berlaku sehingga mengubah landskap politik negara yang dahulunya dikuasai oleh umat Islam.

Walaupun Islam dilihat masih majoriti namun seperti berada di dalam penjara dan terpaksa menurut segala arahan dan perintah daripada tangan ghaib yang hendak meruntuhkan Islam.

Tongkat Sunan
27022019/017
#MampuCentre
#IslamMemimpin
#IslamBangkit
#MembangunBersamaIslam
#HayunanSemenyih

Sertai Kami Di :
http://telegram.me/tongkatsunan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...