Tuesday, March 24, 2015

DI SEBALIK PENENTANGAN HUDUD OLEH DAP

Tindakan DAP adalah tindakan yang bakal memakan diri sendiri. Sungguh ganjil seorang pemimpin majoriti kaum Cina tidak faham tentang HUDUD dan dalam masa yang sama kaum Cina kebanyakkannya telah faham tentang HUDUD ini.
Dengan menggunakan alasan perlembagaan juga rasanya alasan ini alasan orang bodoh dan dungu. Bukankah HUDUD sekarang ini sedang melalui proses kelulusan melalui perlembagaan? Justeru kalau HUDUD diterima oleh perlembagaan, apakah DAP akan menyokong HUDUD?
Tindakan menyelar dan menolak Tuan Guru Presiden PAS adalah satu tindakan melulu dan merugikan nilai² politik PAKATAN RAKYAT. Sesungguhnya kalau inilah gaya pimpinan DAP, saya rasa baiklah ahli² DAP mula memikirkan pimpinan mereka yang baru. Lim Guan Eng, kalau anda menolak kepimpinan Presiden PAS, maka ketahuilah bahawa seluruh ahli PAS juga menolak anda. Nasihat saya bertindak secara bijak bukan dengan tindakan yang bodoh dan melulu.
Seluruh orang bukan Islam tidak wajib di hukum dengan undang² HUDUD, undang² ini hanya terpakai ke atas orang² Islam yang melakukan kesalahan yang berkaitan. Keputusan anda menolak HUDUD membuktikan bahawa anda menyokong rosaknya akhlak dan budaya Islam. Juga membuktikan anda adalah pro jenayah dan menyokong segala kesalahan zina, rogol, mencuri, minum arak dan sebagainya. Nyata anda adalah pemimpin hipokrit dan pembohong.

AHMAD TAURAN HJ.YAHYA
25 MAC 2015
NO.AHLI : 0834741

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...