Sunday, December 14, 2014

Revolusi Minda Tongkat Sunan

PESANAN BUAT ANAK MUDA

Alhamdulillah, PAS kini sudah semakin matang dan bijaksana mengharungi segala onak dan duri perjuangan. Allah swt telah mengurniakan kita dengan sebaik-baik nikmat, iaitu nikmat Islam. Di mana dengan Islam inilah kita bergerak di atas landasannya dan kita berjuang di atasnya. Di dalam zaman yang penting dan genting ini, di setiap liku dan cabaran ini, kita harus memperhalusi sebaiknya perjalanan dakwah dan tarbiah ummah. Dari semuda-muda peringkat umur hingga setua-tuanya. Justeru penampilan kepimpinan anak muda tidak boleh dianggap enteng dan diperkecilkan dalam meranduk semak samun jahiliyah ke arah mencapai kejayaan yang betul² Islami.
Peranan anak muda sekarang ini adalah satu peranan yang maha penting, yang mesti dikerahkan sehabis baik. Ibu bapa selaku penjaga pertama anak² muda ini wajib menyerahkan anak mereka kepada perjuangan ini. Perjuangan ini sangat memerlukan mereka. Kekuatan jamaah dewasa ini memerlukan tenaga fizikal dan minda anak muda. Dan kekuatan itu mesti diatur dan dimanipulasikan untuk kepentingan dakwah.
Anak muda pula, mesti menyiapkan diri dengan ilmu sebanyaknya, untuk persiapan anda semua. Gerak kerja jamaah ini bukan gerak kerja main² atau gerak kerja sambil lewa, bukan juga gerak kerja masa lapang. Ini harus dipahami oleh generasi muda sekarang. Persiapan anda semua bukan sekadar untuk kepentingan nasional semata-mata, bahkan harus menjangkau ke peringkat antarabangsa. Jadikan ulama dan pimpinan besar dunia sebagai idola hidup kalian.
Mereka yang leka dan alpa, bakal tertinggal jauh di belakang dalam perjuangan ini. Dan juga mereka yang menganggap ini sebagai satu hayalan, adalah berpandangan sempit dan jumud. Kita mahu lahirkan anak muda yang cergas dan aktif, berfikiran di luar kotak dan bertindak pantas dan agresif berpaksikan ilmu dan hidayah dari Allah swt. Kita tidak mahu anak muda ini terus alpa dengan hiburan yang melalaikan dan membuang masa tanpa menurut manhaj yang jelas dan nyata.
Keperluan kepada manhaj yang jelas dan nyata ini adalah kunci kepada mana² pertubuhan dan bangsa di dunia. Justeru itu mereka yang berjuang di dalam manhaj yang jelas dan nyata ini, perlu mempunyai disiplin yang ketat dan mematuhi setiap arahan dan panduan yang diberikan. Allah telah meletakkan satu manhaj yang jelas dalam perjuangan Islam ini melalui nabiNya Muhammad saw di dalam al Quran dan Sunnah nabiNya.
Marilah sahabat semua, kita gerakkan anak² muda di sekeliling kita, menerjah perjuangan ini, perjuangan suci dan maha agung ini. Tidak ada lagi perjuangan yang lebih baik dan lebih utama selain perjuangan menegakkan agama Allah di muka buminya ini. Siiru 'ala barakatillah. ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...