Tuesday, September 16, 2014

Nasihat Buat Pemuda PAS Malaysia

Muktamar Pemuda PAS Malaysia hari ini mencatat dua sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Tindakan keluar dari dewan muktamar yang kononnya hendak membela TGHH dan MSU, dilihat seperti tindakan anak kecil yang belum mumayyiz. Biadap dan kurang ajar, itulah istilah yang paling sesuai dengan kumpulan ini.
Kemudian pada malamnya pula suasana dewan muktamar menjadi kecoh apabila sekumpulan pemuda PAS cuba memprotes bahawa muktamar yang berlangsung hari ini tidak sah. Sehingga keputusan sebulat suara pemuda PAS Malaysia tidak dipedulikan oleh sekelompok kecil mereka yang cuba menimbulkan isu ini.
Kita punya adab, punya saluran, punya kaedah untuk bersuara dan bertindak. Kita ada pengerusi tetap yang mengawal perjalanan dewan muktamar. Tetapi mengapa diambil tindakan yang terburu-buru sehingga menimbulkan kekecohan dan huru hara.
Firman Allah di bawah menunjukkan akhlak Islam yang sebenar.
" dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" (Al-Anfal:46).
Tidakkah ini menunjukkan bahawa segala tindak tanduk yang dibuat hendaklah kita kembali kepada al-Quran untuk menyelesaikannya. Cukup, cukup sudah wahai pemuda PAS semua, bertindaklah dengan dipandu al-Quran dan al-Hadis. Janganlah ini berulang kembali pada muktamar keesokkan harinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...