Sunday, September 21, 2014

AYAT-AYAT KEMATIAN


فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلا يَسْتَقْدِمُونَ

“Maka jika datang waktu kematian mereka, tidak bisa mereka tunda dan dan mendahulukannya sedetikpun,”[QS. An-Nahl: 61].

Maha Suci Allah yang menciptakan kehidupan dan kematian. Semoga memberi peringatan kepada manusia seluruhnya. Dan tidaklah kematian itu dapat dicongak-congak kehadirannya, sehingga ianya terasa akan menjemput bila-bila masa sahaja dan beruntunglah bagi mereka yang mahu mengingati kematian.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

“Dialah Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan, untuk menguji siapa di antara kalian yang terbaik amalnya”. [QS. Al-Mulk:2]

Maka yang namanya kematian ini adalah untuk menguji siapakah di antara kita yang paling baik amalnya. Juga kematian ini adalah pemisah antara hidup yang nyata di muka bumi dengan kehidupan yang abadi di alam akhirat. Justeru marilah kita melihat kembali sisi hidup kita yang masih tinggal ini apakah telah cukup bekalan yang akan kita bawa nanti.

كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلا وَجْهَهُ

“Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah,” (QS. Al-Qashash: 88).

Andainya kita mahu memahami bahawa setiap kehidupan di dunia ini adalah sementara dan pasti akan menuju kemusnahan. Fitrahnya manusia yang hidup ini pasti berasa takjub bagaimana rasanya kematian itu, maka janganlah kamu bercita-cita untuk lari daripadanya.

نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ

“Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan,” (QS. Al-Waqi’ah:60).

Dan demikianlah Allah telah memberi ketetapan kepada setiap makhluknya dengan kematian dan sesiapa pun tidak akan terkecuali baik malaikat, jin, manusia dan makhluk lainnya.
Dan sesungguhnya apabila kita telah diberi peringatan, maka hendaklah kita bertaubat dengan sesungguhnya taubat. Semoga Allah menerima taubat kita sebelum kematian datang menjemput kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...