Sunday, September 7, 2014

KESAL, KESAL, KESAL...

Nik Nazmi, Ketua AMK PKR mengeluarkan kenyataan 'Kesal Sikap Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang' dalam soal isu MB Selangor. Kami pula selaku rakyat Marhean dan pendokong PAS:

1) KESAL kerana PKR mempermainkan mandat rakyat dengan mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebab.

2) KESAL dengan Anwar yang mengatakan Kajang Move tiada kaitan dengan penukaran MB, tetapi berlaku sebaliknya.

3) KESAL dengan tindakan PKR yang mencipta projek 'Kajang Move' tanpa persetujuan PAS dan komponen PR.

4) KESAL terhadap penipuan Anwar dan Saifuddin yang menyebut bahawa mereka sudah berbincang dengan TGHH di Terengganu tentang nama calon MB. Yang sebetulnya, mereka memaksa TGHH menandatangani memo sokongan kepada satu nama sahaja iaitu Wan Azizah.

5) KESAL dengan penipuan PKR yang menyebut bahawa TSKI telah mengkhianati wang rakyat, tetapi sehingga kini gagal membuktikan fitnah tersebut.

6) KESAL dengan PKR yang sehingga kini masih gagal menyatakan bukti penafian terhadap 'Dokumen Langkah Kajang' yang tersebar sebelum ini yang dianggap mengkhianati PAS. Hari ini sudah masuk hari ke 19 dokumen tersebut tersebar.

7) KESAL dengan sikap 'lidah bercabang' Anwar dan Rafizi yang mengatakan bahawa PAS mahukan Tengku Razali jadi PM sedangkan mereka yang mula berjumpa dengan Ku Li tetapi gagal.

8) KESAL kerana PKR tidak menghormati Konsensus PR yang bersetuju untuk menjunjung Institusi Beraja kerana tetap berdegil untuk tidak mengikut arahan pihak istana di dalam isu MB Selangor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...