Thursday, December 4, 2014

Telefon Kawan

Sedang duduk lepak² di kedai makan, tiba² telefon kawan berbunyi. Akupun tengok telefon dia...naik satu nama macam nama orang putih. "Malaslah nak angkat" aku bercakap sendiri dalam hati. Tapi x lama selepas telefon tersebut berbunyi lagi, aku biarkan lagi. Selepas itu berbunyi lagi dan kali ini aku paksakan diri mengangkatnya. Rupanya seorang Cina menjawab telefon. Aku katakan bahawa tuan telefon xde, call sekejap lagi. Tapi Cina tu hanya nak memberitahu hutang kawan ku ini. RM2517.50. Allah....kasihannya sahabat ku, bagaimana aku nak membantu...hutang ku sahaja bertimbun. Ya Allah...bantulah sahabat ku, seorang pejuang Mu ya Allah yang tidak pernah memikirkan soal untung duniawi dalam perniagaannya. Beliau melepaskan perniagaannya dengan manusia kerana menyambut jual beli dengan Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...