
Harakahdaily
PARIT BUNTAR, 13 Dis: Drs Khalil Idham Lim mempersoalkan mengapaMenteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terus membisu terhadap video yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu secara jelas mengelirukan umat Islam di Malaysia yang telah disebar luas di laman Facebook dan Youtube baru-baru ini.“Kita tidak boleh nafikan bahawa sejak akhir-akhir ini media boleh direka dalam pelbagai bentuk dan corak kerana perkembangan teknologi yang pesat, tetapi seharusnya tidak boleh sehingga menghina agama lebih-lebih lagi Islam itu sendiri.“Kita amat khuatir terhadap perkembangan sebegini memandangkan para pelakonnya terdiri dari orang Islam dan ada di antaranya berlakon yang sebagai agamawan di samping penggunaan kamera beresolusi tinggi yang sudah pastinya mahal harganya,” ujar Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu.Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, klip video itu juga mempunyai unsur yang boleh mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam.Katanya, kesucian agama Islam boleh tercemar selagi menteri yang bertanggungjawab terus membisu terhadap isu itu, seharusnya menteri terbabit memberi respons segera.Tambahnya, amat dikesali apabila ulasan dan tindakan terpilih dilakukan bila menggugat kuasa dan kedudukan BN dan Umno sedangkan sekiranya tidak merugikan, dibiarkan dan semacam digalakkan.“Rakyat juga masih ingat mengenai respons Rais Yatim terhadap video klip Undilah walaupun pada hakikatnya video tersebut amat bermanfaat untuk rakyat.“Beliau (Rais Yatim) pernah berkata bahawa klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.Rais Yatim juga, ujar beliau sepatutnya perlu sedar bahawa klip video 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' juga amat mengelirukan.Ini, katanya kerana soal amalan syariah yang termaktub dalam Al-Quran, ia tidak boleh dipaparkan melalui video melalui cara yang salah tetapi perlu merujuk dahulu dengan agamawan.“Saya memandang isu ini amat berat, Umno BN nampaknya redha dengan perkara ini. Ianya juga mededahkan sikap hipokrit yang sebenar dalam keadaan Umno meluangkan slogan kononnya membela Islam,” katanya.Terbaru, ujarnya didapati berdasarkan pendedahan seorang blogger menjelaskan bahawa admin blog Sembang Rakyat yang bertanggungjawab memuat naik video itu ke internet menunjukkan bahawa individu tersebut adalah orang Umno.Jelasnya, Umno pada hakikatnya adalah penaja perosak kemuliaan Islam dengan membiaya kerja-kerja jahat sebegitu,rakyat sudah muak dengan mereka dan perlu ditolak pada PRU13 demi agama dan kestabilan negara.
No comments:
Post a Comment