Sunday, August 21, 2011

Takziah buat keluarga almarhum Azizi

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Kembalinya novelis terkemuka tanahair, Azizi Abdullah ke rahmatillah sangat dirasai oleh dunia penulisan negara, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.Katanya, almarhum bukan sahaja seorang novelis yang hebat tetapi juga seorang yang peka dan tajam pandangan penanya terhadap isu semasa yang melanda masyarakat.“Penulisan almarhum hidup dalam realiti semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat selain almarhum juga telah meninggalkan jasa besar dalam seni kesusasteraan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.Menurutnya, novel Seorang Tua di Kaki Gunung pastinya hasil karya besar almarhum yang melonjak naik namanya di persada sastera negara.Beliau menambah, almarhum seorang yang tinggi disiplin dan berdedikasi dalam penulisan malah kritis dalam mengutarakan idea mengolah realiti meletakkan beliau sebaris dengan sasterawan negara yang lain.Kini, ujarnya negara telah hilang sebuah permata bernilai dan berkualiti tinggi.“Semoga almarhum menjadi contoh kepada generasi muda hari ini dalam menekuni bidang penulisan dan kesusasteraan.“Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga almarhum di atas pemergiannya. Sabarlah di atas ujian ini dan semoga ruhnya dicucuri rahmat dan digolongkan dari kalangan hamba-Nya yang soleh,” katanya.Azizi, 69, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang kira-kira jam 7.50 pagi semalam akibat komplikasi buah pinggang.Almarhum pernah memenangi anugerah SEA Write Award pada 1988 dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 26 Mac lalu dan menjalani pembedahan jantung tidak lama selepas itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...