
Apa sudah jadi dengan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteriRosmah Mansor agaknya?. Mereka tergamak menipu rakyat atas nama program rasmi negara, padahal atas urusan "utama" iaitu untuk merisik perkahwinan anak perempuan mereka Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan negara Kazakhstan. Perkara ini sudah tidak boleh disembunyikan lagi, kerana banyak laman blog yang mula memainkan isu tersebut. Najib dan Rosman ternyata khianat kepada kepercayaan rakyat. Memang benar kata seetengah orang, jika pun mereka mahu uruskan hal perkahwinan anak maka apa salahnya jika mengambil cuti?. Apakah susah untuk berbuat demikian daripada menggunakan wang kerajaan. Bayangkan jika berlaku kepada ketua-ketua jabatan kerajaan yang berbuat demikian. Maka sudah pasti mereka akan dikenakan tindakan tegas jika adanya laporan. Najib perlu bezakan urusan peribadi dengan hal ehwal negara. Perbuatan beliau ini jelas sekali mengambarkan yang Perdana Menteri Malaysia itu tidak jujur dan amanah terhadap tugasannya. Kenapa perlu ada "udang disebalik mee" atas nama urusan rasmi negara. Tiada siapa yang akan pertikaikan Najib andainya beliau mengambil cuti demi menguruskan hal-hal perkahwinan anaknya itu. Sekarang, beliau sendiri yang "mendapat malu" dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap dirinya. Sudahlah selama ini kelibat isterinya sering dipertikaikan oleh rakyat. Rosmah yang boros berbelanja, sering menghabiskan cuti diluar negara atas nama program-program rasmi. Malahan, beliau dilihat cuba menjalankan tugas menteri. Padahal beliau hanya isteri seorang Perdana Menteri. Perkara sebegini tidak jarang berlaku kepada isteri-isteri PM terdahulu sebenarnya.
[Rasanya, selepas ini ramailah ketua-ketua jabatan dan kakitangan kerajaan akan buat urusan peribadi atas urusan rasmi. Mereka tidak wajar dipersalahkan kerana Perdana Menteri Malaysia itu sendiri sudah menunjukkan contoh terbaik buat mereka untuk diikuti. Apapun, senario ini sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Sepatutnya sebagai Ketua Negara, Najib harus menunjukkan contoh dan tauladan yang baik untuk diikuti oleh rakyat. Namun, apa yang dilakukan oleh beliau jelas sekali menghakis kepercayaan rakyat itu sendiri sebenarnya. Maka, suda tiba masanya untuk rakyat menolak pemimpin dan kepimpinan sebuah kerajaan yang begini sifatnya. Jika kepada rakyat mereka sudah khianat apatah lagi kepada Allah Taala. Najib harus membayar semula segala wang rakyat yang telah digunakan atas urusan peribadi ini. Soalnya, apakah dia sudah tiada wang untuk digunakan bagi menguruskan urusan perkahwinan anaknya itu?. Kenapalah sanggup guna wang rakyat atas urusan peribadi?].
No comments:
Post a Comment