Saturday, June 19, 2010

Tragedi Jun



Assalamualaikum warahmatullah.....

Sekian lama tidak berkomentar di Blog Tongkat Sunan ini, dan hari ini rasanya agak sesuai untuk mula kembali bertitah di sini..

Bulan Jun 2010 ini banyak perkara menarik dan juga mendukacitakan..bagi aku sendiri, banyak dugaan dan mehnah yang terpaksa ditelan sendiri. Hari ini sahaja dua perkara yang mendukacitakan telah berlaku, saudara terdekat ku telah meninggal dunia, pangkat poh saudara la denganku, dan juga aku dan adik bongsuku terlibat dalam kemalangan kecil semasa hendak mengambil kereta @ van jenazah di PAKAT. Akhirnya, CikMa (Ustaz Jamaluddin) sendiri yang terpaksa menguruskannya, kerana aku sudah tidak berupaya untuk mengambilnya sendiri.
Sebelum itu dalam bulan Jun juga, abah mengajak aku ke Pulau Pinang untuk menguruskan hal rumah peninggalan arwah bapa saudaraku di sana, dan maklum sahajalah, abah seorang yang mudah ambil hati dengan anak-anak, dan mahu tidak mahu terpaksalah aku mengikut kehendak abah, memandangkan pada hari tersebut juga aku mempunyai program di sekolah, dan akhirnya terpaksa aku batalkan.
Besok pula sekembalinya daripada Pulau Pinang, aku bersiap untuk ke Muktamar PAS di PUTIK, Kelantan. Guru-guru sekolahku mula marah dengan tindakanku, bahkan ada yang sampai menelefon dan memarahi ku tanpa mengetahui apa punca ketidak hadiranku ke sekolah. Bersabar adalah yang terbaik buatku. Malas aku nak cari nombor telefon siapa yang menghantar mesej memarahiku. Bukan penting pun.

Pada 14 Jun 2010 baru-baru ini, Ustaz Hassan Shukri pula telah kembali ke rahmatullah. Sedih sangat rasanya, tambahan lagi bila melihat gambar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesedihan dan menitiskan air mata di dalam Harakah atas pemergian beliau...
Beliau seorang yang pemurah, tidak pernah mengecewakan masyarakat..sekali dulu pernah beliau datang ke Jambi, dan bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana termasuklah aku sendiri, dan aku melihat sendiri Ustaz Hassan Shukri mengeluarkan duit tanpa mengira berapa jumlahnya untuk diberikan kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jambi ketika itu.
Besok entah apa pula yang terjadi, masih banyak lagi tekana-tekanan yang kan berlaku ke atasku nanti, apa yang aku mampu lakukan, lihat sahajalah nanti...berhenti atau diberhentikan.. salah satunya pasti, tapi masih belum pasti masanya...hanya Allah yang tahu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...