Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup hebat bila berada di samping orang yang terkenal, apabila kata-kata kita didengarnya dan pelbagai lagi. Lebih baik kita buat biasa-biasa sahaja, sebab bila kita bercerita kepada orang lain, ianya akan buat kita menyampah dan bosan. jangan sampai orang mendengar cakap kita hanya sekadar untuk menjaga hati kita. Seharusnya rasa hebat dan bangga itu ditukarkan dengan rasa rendah diri dan tawadduk kepada Allah swt.
Jangan sampai bila kita BARU diberi satu-satu amanah, kita mula hendak menunjukkan ego kita, sudah tiada lagi tanda orang-orang soleh diwajah kita, hilang senyuman diganti dengan pandangan garang, konon-konon menunjukkan bahawa kita orang hebat, kata-kata kita mesti didengar, kalau bantah salah besar, mesti dihukum dan didenda, kalau boleh semua orang mesti ikut cakap kita tanpa ada banyak soal.
Perjuangan menegakkan daulah Islam, menegakkan kepimpinan Islam, tidak boleh diselitkan dengan sombong dan bongkak, senyuman mesti selalu di wajah, ikutilah cara perjuangan Rasulullah saw. Berlaku lemah lembutlah dengan saudara seislam, dan berlaku keras dengan buka Islam, itu pun kepada bukan Islam yang menentang Islam.
Ini Jamaah Islam, perjuangan Islam, cita-cita Islam, hasrat Islam, bukan tempat untuk menunjukkan hebat dan bagus. Kita adalah hamba, adalah petugas, sebesar manapun jawatan, sekecil manapun tanggungjawab, kita sama dan kita serupa dalam perjuangan. Makin banyak jawatan, makin banyak tugas, maka ada dua sahaja di sana, sama ada kita semakin hampir dengan syurga, atau kita semakin hampir dengan neraka.
Nampak kecil dan tiada impaknya, tetapi orang-orang biasa akan nampak, pemimpin mereka yang kelihatan macam orang-orang luarbiasa. Jangan sampai segala tugas kita, tanggungjawab kita, Allah nilai dengan dosa dan bukannya pahala. Bercakaplah dengan semua orang, baik di bawah atau di atas. Yang membezakan antara kita ini hanya satu, iaitu KETAKWAAN kepada Allah swt.
No comments:
Post a Comment