Monday, December 28, 2009

Artis Melayu...

Kebanyakan artis kita terutamanya perempuan menggunakan keantikannya untuk mendapat tempat di persada hiburan tanah air. 90 % daripadanya adalah mereka-mereka yang berani mendedahkan aurat, menunjukkan alur-alur dan lembah yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum. Pendek kata artis-artis Malaysia mengikut jejak langkah artis-artis bukan Islam dalam memperagakan diri mereka. Senang akap, ikut gaya kafir. Berikut saya sertakan bukti-bukti yang saya dapatkan daripada akhbar-akhbar utama di Malaysia. Cuba tunjukkan di mana Islamnya artis kita? Barangkali kita lupa atau tidak tahu, bahawa seorang Melayu itu belum tentu Islam, dan seorang Islam itu mesti menurut aturan hidup Islam. Bukan menurut aturan hidup kafir. Apa erti Islam dengan pakaian kafir? Singkat sana sini, dedah sana sini, dan melompat macam beruk kepanasan.


Ini baru sebahagian yang kita dapati daripada media hiburan akhbar atau internet, bahkan ada jutaan lagi gambar-gambar yang tidak menunjukkan Islamiknya artis kita. Belum lagi kita lihat kepada percakapan artis, kehidupan artis, makan dan minumnya, entah halal atau haram. Ini bukan untuk mengambil tahu atau sibuk dengan kehidupan artis kita, tetapi pesan saya artis kita jangan tunjukkan yang anda lebih hebat daripada kafir-kafir di luar sana dalam melakukan maksiat dan melawan fitrah kejadian anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...