Realiti kehidupan masyarakat sekarang menunjukkan perkembangan yang begitu ketara. Masyarakat dilimpahkan dengan kepelbagaian materialuntuk dinikmati bagi yang mampu. Namun dalam arus perdana sedang bergolak ini, kita semakin melupakan tanggungjawab sosial untuk membantu mereka yang kurang berupaya seperti kita. Sekian banyak dipaparkan di dalam media akan kehidupan mereka ini, tetapi masih tidak menyamai paparan realiti kehidupan yang serba canggih dan berteknologi.
Kita tidak lagi mencari mereka yang kurang berupaya, dan amat bernasib baik kalau kita menunggu paparannya di dalam media-media. Tetapi paparan hanya tinggal paparan semata. Yang membantu hanya mereka yang juga tidak seberapa berkeupayaan, dan berkeupayaan tinggi hanya diam membatu. Barangkali di benak mereka mengatakan bahawa apa yang mereka perolehi selama ini adalah daripada hasil kerja keras mereka selama bertahun-tahun, dan orang yang tidak berkemampuan itu adalah orang yang malas.
Inilah mentaliti kebanyakan daripada teman-teman kita yang kaya raya di luar sana. Membantu hanya untuk dapatkan imbuhan yang lebih besar. Sekiranya yang meminta bantuan itu punya resit yang berkapasiti untuk mengurang cukai tak langsung, maka yang meminta bantuan itu punya harapan yang cerah. Tetapi kalau sekadar meminta tanpa resit seperti pengemis di jalanan, maka yang memberi hanyalah yang juga punya masalah-masalah material.
Saya mengambil beberapa contoh yayasan yang ada sekarang ini, yang memberikan bantuan kepada anak-anak daripada sekolah kebangsaan dalam bentuk tusyen,bantuan dan sebagainya, namun bagaimana pula dengan nasib sekolah agama rakyat? Apakah mereka ini anak-anak yang berdosa? Apakah yang mengajar mereka ini guru-guru yang bersalah? Ataupun penubuhan sekolah agama rakyat ini yang melembabkan pembangunan material negara? Atau juga agama ini adalah satu daripada sub-sub kecil yang tidak layak dibincangkan di pentas perdana? Semua ini memerlukan jawapan, dan memerlukan tindakan yang sepatutnya.
Sekolah agama rakyat hanya akan mendapat perhatian daripada kerajaan hanya apabila mereka menyertai sistem “Sekolah Agama Bantuan Kerajaan” (SABK) sahaja?
Sekiranya ini pendirian kerajaan dan orang-orang kenamaan yang bermaterial, maka sampai bila baru Melayu akan maju? Walhal mereka melaung ke sana ke mari memperjuangkan Melayu. Melayu apa yang diperjuangkan oleh mereka? Melayu yang kecil ini hanya akan mendapat tempat apabila pilihanraya mulai menjelang, samada pilihanraya kecil atau besar.
Lihat sahaja “Pondok Pak Teh" di pengkalan Hulu, baru mendapat perhatian di bawah kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato’ Seri Ir.Haji Nizar. Begitu juga sekolah-sekolah agama rakyat yang lain, hanya mendapat perhatian daripada pemimpin di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat sahaja. Itupun mendapat bantahan hebat daripada ahli-ahli politik yang bebal serta berkudis otaknya itu.
Inilah silapnya apabila yang diperjuangkan itu atas dasar bangsa semata-mata. Saya masih ingat lagi suatu ketika dahulu, bagaimana sebuah sekolah Cina di Sarawak telah melancarkan kutipan derma untuk membina sebuah sekolah. Tidak sampai seminggu pun lagi sekian banyak juta telah dapat dikumpulkan. Namun sekolah Melayu, sibuk menjaja tabung ke setiap kedai-kedai runcit atau kedai makan. Dan itu pun sukar untuk mendapatkan dana yang dikehendaki dalam masa yang singkat.
Belum lagi kita melihat bagaimana nasib penoreh getah, pemungut tin-tin minuman untuk dijual, pekerja sendiri yang bekerja dari rumah ke rumah untuk mesin rumput dan sebagainya. Semua ini tidak mendapat tempat dalam agenda kerajaan. Yang mendapat tempat dalam agenda kerajaan hanyalah mereka yang tahu membaca dan menulis dan punya perniagaan untuk dikembangkan. Yang hanya punya semangat tapi tidak punya kelebihan-kelebihan asas pula akan semakin terpinggir jauh dari ledakan arus perdana.
Peniaga-peniaga yang kaya raya sibuk menaja agenda-agenda kerajaan, sibuk menaja sekolah-sekolah kerajaan, sibuk menaja tabung dana kerajaan dan sebagainya.
Sejenak, mari kita renungkan bersama, mari kita imbas-imbaskan kembali, berapa banyak yang kita dapat, berapa banyak yang kita rugi dalam memperjuangkan bangsa Melayu ini. Sayugianya baiklah kita memperjuangkan Islam itu sendiri. Dengan memperjuangkan Islam, maka semua bangsa akan terbela, baik Melayu, Cina,India dan bumiputera. Mudah pula untuk kita menjawabnya di hadapan Allah swt esok.
Tetapi andai kita memperjuangkan bangsa, dan perjuangan itu pula telah membunuh kita, maka apa akan kita jawab di sana nanti? Menjadi kerajaan lain, menjadi peniaga lain, menjadi individu juga lain, tetapi biarlah “tak sama tapi serupa, berbeza tapi sekata”. Di mana yang serupa dan di mana yang sekatanya? Tak lain tak bukan adalah atas dasar Islam sahaja.
Bagaimana pula dengan bukan Islam? Sepanjang kita melihat sirah Rasulullah saw, baginda tidak pernah mendera orang-orang bukan Islam sewenang-wenangnya, malahan mereka juga bebas mengamalkan agama mereka. Dan mereka sekiranya bersalah mereka akan dihukum mengikut agama mereka.
Inilah contoh keadilan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Contoh yang terbaik untuk ikutan umatnya sepanjang masa, dan bukannya kita mencipta acuan kita sendiri tanpa mengambil peduli sensitiviti agama atau Islam itu sendiri.
Di Tanjung Tualang sendiri contohnya, selama 57 tahun masa telah diambil untuk menyelesaikan masalah tanah semata-mata. Apa fungsi pegawai-pegawai kerajaan yang bermastautin di Tanjung Tualang? Atau bengap sangatkah ketua-ketua kampung di tanjung Tualang? Pastinya tidak, kerana mereka pasti telah menyalurkan masalah ini sekian lama dahulu. Tetapi yang bengap dan lembab ini adalah kuncu-kuncu kerajaan sekarang yang sengaja melengah-lengahkan urusan tanah Tanjung Tualang ini. Dan setelah selesai ini juga mungkin dengan bersebabkan mereka mempunyai kepentingan lain yang mereka sembunyikan.
Di parit Hj.Ali, Alor Pongsu pula, seorang nenek bernama Isah Arshad berusia 71 tahun, baru-baru ini keluar ceritanya di dalam media Sinar Harian. Kehidupan yang susah dan melarat ini seolah-olah tidakmendapat perhatian masyarakat setempat. Ke mana fungsi jabatan-jabatan kerajaan sekarang ini. Lebih 50 tahun memerintah,tetapi masih belum lagi dapat mengenal pasti seluruh rakyat-rakyat yang miskin ini. Sampaikan Jabatan Kemajuan Masyarakat pun tidak pernah menghulurkan sebarang bantuan kepada nenek Isah. Alangkah malangnya orang Melayu.
Tahun 2008 semasa hampir pilihanraya ke-12, banyak juga warga-warga Melayu yang miskin. di Talang sahaja ada dua atau tiga keluarga yang susah, di Bunut, dihujung dunia Kota lama Kanan juga ada yang hidup susah dan melarat, di sebelah atas istana sultan di Bukit Chandan ini juga terdapat orang-orang yang hidup susah. Bila mereka ini akan mendapat perhatian? Akan datang pada pilihanraya ke-13 ini. Lihatlah bagaimana bantuan datang mencurah-curah daripada kerajaan khususnya.
Di Ketior juga, banyak keluarga-keluarga yang susah hidupnya, yang melarat sangat kehidupannya. Ada satu yang saya lihat, dinding pemisah antara bilik air dan luar hanya menggunakan sehelai kain sahaja, dan juga rumahnya yang tiada berbilik, di mana anak-anak dara hendak menyalin pakaian? Sudah pasti dielak ke mana pun dalam keadaan ini akan ternampak juga walau sekilas. Dan akhirnya ini nanti akan menimbulkan masalah yang lain pula.
Insya-Allah dalam blog ini nanti saya akan cuba paparkan , mereka-mereka yang memerlukan bantuan dana untuk kelangsungan hidup. Apa juga cara mereka, apa juga kerja mereka, apa juga yang mereka sokong, ingat-ingatlah, mereka adalah saudara kita, teman kita, bangsa kita dan yang terpenting seagama dengan kita.
Harapan saya mahu melihat orang-orang ini mendapat bantuan sewajarnya,tidak kira musim, tidak kira masa, tidak kira ketika. Perut lapar minta diisi setiap hari, sakit demam minta dirawat sesegera mungkin, dan inilah sebenarnya yang harus menjadi pertimbangan kita untuk kita hulurkan bantuan.
Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang mengikuti program di “Pusat latihan Khidmat Negara” (PLKN), halakan ke rumah orang-orang susah dan serba daif ini, agar pelajar-pelajar kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh rakyat-rakyat marhain ini. Sudah-sudahlah dengan membersihkan balai polis, membersihkan balai bomba atau surau dan masjid, ini ada tukang bersihnya masing-masing. Sekolah, balai polis atau balai bomba ada tukang kebunnya, ada pekerjanya dan tidak perlu kita kisahkan. Masjid dan surau juga jemaahnya sahaja sudah cukup untuk saling membersihkan persekitaran dan dalamannya sendiri. Yang maha penting ini adalah rumah mereka-mereka yang melarat, yang terbiar yang tidak berkeupayaan ini. Insya-Allah…bagaimana untuk mengikhlaskan semua ini, adalah dengan kembalinya kepada Islam yang sebenar. Dengan Islam sahaja baru kita akan dapat menginsafi akan kesusahan orang lain, dan barulah kita mahu dan dapat berfikir bahawa apa yang ada pada kita ini hanyalah pinjaman semata-mata, dan kadang-kadang kita hanya sebagai pemegang amanahnya sahaja. Yang sebenarnya adalah bukan hak kita, tetapi hak mereka yang terlantar dan tidak berkeupayaan.

No comments:
Post a Comment