Takziah buat keluarga simati dalam peristiwa jambatan runtuh di Kuala Dipang. Banyak juga takiah dan komentar daripada masyarakat terhadap peristiwa di Kuala Dipang tersebut. Belum begitu lama lagi peristiwa banjir di Kuala Dipang, terjadi pula peristiwa jambatan runtuh. Dan yang amat malang pula adalah Menteri Perdana dengan wawasan “Satu Malaysia”nya. Rupa-rupanya “Satu Malaysia” telah memakan korban di Kuala Dipang. Cukup hebat wawasan “Satu Malaysia” ini, sampai mencari korban ke Kuala Dipang.
Hairan bin takjub, apabila kanak-kanak menjadi korban “Satu Malaysia”. Seharusnya kita meneliti akan sebab musababnya terjadinya runtuhan ke atas jambatan di Kuala Dipang. Mungkin sekali, Allah swt hendak menunjukkan bahawa “Satu Malaysia” ini adalah merupakan bencana kepada masyarakat yang tidak bersalah. Allah hendak memberitahu kita bahawa jalan atau jambatan “Satu Malaysia” ini membawa kepada keruntuhan negara satu hari nanti dan akan mengorbankan mereka-mereka yang tidak berdosa. Siap tahu, kita hanya meneka akan kebarangkaliannya.
Awal tak awal lagi perbelanjaan mempromosikan “Satu Malaysia” telah melibatkan nilai wang yang bukan sedikit. Bukan ratusan malah jutaan ringgit yang telah disalurkan kepada program promosi “Satu Malaysia”. Ingat!! Disalurkan kepada program “Satu Malaysia”, dan bukannya jutaan tersebut disalurkan ke “Satu Malaysia”.
Dengarnya, guru-guru yang membawa pelajar-pelajar ini juga bukan guru asli mereka, tetapi guru-guru atau pegawai-pegawai yang didatangkan khas daripada kementerian. Entahlah pula kementerian mana, tetapi yang pasti dari kementerian kerajaan "Satu Malaysia" . dan yang mendapat nama buruk dan busuk ialah guru-guru sekolah yang terbabit, tidak menjaga pelajar-pelajar tersebut, cuai dan sebagainya. Alangkah malangnya nasib guru-guru tersebut, dan alangkah hebatnya bahana "Satu Malaysia" ini sehingga mendatangkan masalah hampir kepada semua peringkat rakyat bawahan.
Dalam masa yang sama kerajaan "Satu Malaysia" masih sempat lagi mendabik dada bahawa mereka yang bertungkus lumus mencari mangsa yang terlibat. Maka terlibatlah di dalamnya JPA3, POLIS, BOMBA, WATANIAH, RELA, dan pelbagai lagi agensi kerajaan yang lain. Andai saja tidak keterlaluan, mungkin diletakkan Jabatan Menteri Perdana, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan "Satu Malaysia" dan pelbagai jabatan lagi kononnya yang turut membantu.
Kenapa tidak berlaku adil dalam membuat laporan, di mana UNIT AMAL, sekarang JABATAN AMAL. Tiadakah mereka dalam aktiviti cari mencari tersebut. Langsung tidak diwar-warkan akan keberadaan JABATAN AMAL ini. Juga jawatankuasa ad-hoc yang dipengerusikan oleh ADUN Tronoh, V.Sivakumar, juga tidak mendapat perhatian media.
Jelas sudah media-media kerajaan ini telah memakan nasi kangkang menteri-menteri perdana sebelumini dan terkini nasi kangkang menteri perdana yang berasal dari Pahang itu.
Belum lagi kita lihat bentuk siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa "Satu Malaysia" untuk menyiasat “Tragedi Kuala Dipang” ini. Ianya dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Perak. Bagaimana masalah yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah ini dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Perak sendiri? Sepatutnya yang lebih adil dan telus adalah dengan menyerahkannya kepada satu pihak yang tidak ada kepentingan dalam siasatan itu nanti. Sekiranya dilantik orang yang ada kepentingan dalam siasatan ini, maka akhirnya keputusan siasatan akan berakhir dengan mengatakan ini adalah disebabkan oleh bencana alam dan sebagainya.
Yang lebih cantiknya adalah dengan menubuhkan “Suruhanjaya Di Raja” bagi menguruskan siasatan “Tragedi Kuala Dipang”. Barulah rakyat Malaysia melihat kerajaan "Satu Malaysia" ini benar-benar mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Tetapi sekiranya tidak, rakyat akan melihat bahawa kerajaan "Satu Malaysia" ini sama juga dengan kerajaan Hadhari dahulu, yang sesen pun tiada apa gunanya kepada rakyat dan kerajaan "Satu Malaysia" ini hanya satu lagi daripada wayang perdana kerajaan Barisan Nasional.

No comments:
Post a Comment