Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perjuangan buat semua pejuang Islam di Malaysia. Hari ini Tongkat Sunan melihat dan menyedari dengan sesungguhnya bahawa betapa perlunya gerak kerja jamaah ini ditampung dengan keperluan material terutamanya berbentuk dana wang ringgit. Ini adalah untuk memastikan kesinambungan gerak kerja dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
Namun begitu, yang menguruskan segala hal ehwal gerak kerja jamaah secara padu hanya beberapa gelintir sahaja daripada sekian banyak ahli jamaah. Mereka inilah yang mencari dana, mereka inilah yang merangka kertas kerja, mereka inilah yang menjemput penceramah-penceramah, mereka inilah yang menjadi penganjur program-program, dan mereka inilah yang memikirkan susah senang dan juga memastikan kejayaan sesuatu program berlangsung.
Tetapi yang malangnya adalah mereka juga terpaksa mengeluarkan kos awal bagi setiap program sehinggakan kurangnya program-program jamaah dapat dilangsungkan dengan kerap.
Inilah fungsi ahli jamah yang berjumlah sekian ribu orang ini untuk menampung keperluan dana bagi menggerakkan sesuatu program jamaah. Kita bukan UMNO, bukan MCA atau MIC, yang duit tidak menjadi masalah, tetapi kekangan kita adalah lebih kepada masalah dana dan juga masa.
Peringkat ahli jamaah harus faham dan mengerti bahawa penggerak program jamaah juga adalah manusia yang mempunyai perasaan malu untuk meminta minti ke
Ini gerak kerja jamaah, sekiranya tidak dapat mengurus, maka menyumbanglah walau sedikit. Untuk menampal poster sahaja sudah memakan dana sekian ratus. Minyak kereta, minyak motorsikal, makan dan minum, bayaran poster dan banner, semuanya memerlukan dana. Semuanya itu tidak cukup dengan berkumpul ramai-ramai di tempat-tempat pengajian sahaja, semuanya itu juga tidak cukup dengan hanya bersembang kosong mengata itu ini tidak betul. Yang penting adalah sumbangan anda,ahli jamaah, anda sendiri tentu lebih mengenali akan gambaran penggerak gerak kerja jamaah di tempat masing-masing.
Jangan kita hanya menilai kesanggupan orang lain sahaja, mana kesanggupan kita, berapa yang kita bayar untuk gerak kerja jamaah? Apabila tanggungkawab tersebut dipikulkan kepada orang lain, kita dengan senang hati mengatakan bahawa ikhlaslah demi jamaah, takkan dengan jamaah pun hendak berkira. Tetapi bagaimana dengan kita? Jangan sampai Allah swt bertanya kepada kita apa yang kita sumbangkan kepada gerak kerja jamaah. Apakah jawapan kita RM 1.00, RM2.00 atau RM10.00? apakah itu sudah mencukupi bagi diri kita? Yang kita mahu dan kita pinta adalah syurga Allah swt, dan apakah cukup dengan jumlah sekian ringgit itu untuk membayar harga syurga yang kita impikan?
Timbang-timbangkanlah…..wallahu ‘alam…
No comments:
Post a Comment