Sejak Dr.Aziz Bari memberi kenyataan yang menyengat terhadap kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), hari ini pada 7 November 2009, bangkit lagi seorang yang cuba menjadi hero dalam perjuangan politik PAS. Dato’ Dr.Shamsul Baharin dalam kenyataannya yang disiarkan dalam berita jam 1 Radio 3 Ipoh, telah menyebut dan mengulas mengenai “Kerajaan Perpaduan” antara PAS dan United MalayNation of Organization (UMNO). Beliau beranggapan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Democratic Action Party (DAP) sebagai tukang kacau dalam kepimpinan PAS, dan adalah lebih sesuai bagi PAS untuk bergabung dengan UMNO dalam “Kerajaan Perpaduan”.
Kita tidak tahu, bagaimana fikrah Dato’ Dr.Shamsul Baharin ini, layaknya seperti anjing menggembur sampah sahaja. Siapa beliau yang cuba campur tangan dalam kepimpinan dan pentadbiran PAS? Isu Kerajaan Perpaduan ini sebenarnya sudah lama ditutup dan baru-baru ini terbuka kembali. Dan setelah kisah ini ditutup kembali, maka ada pula anjing-anjing liar yang cuba untuk membukanya kembali.
Kaedah yang cuba digunakan oleh Dato’ Dr.Shamsul Baharin ini tak lain tak bukan adalah cuba untuk menimbulkan perpecahan dalam ikatan Pakatan Rakyat. Kenapa beliau tidak melihat perpecahan yang berlaku dalam UMNO? Kenapa melihat dalam Pakatan Rakyat sahaja? Kita lihat apa yang terjadi dengan MCA yang masih belum habis dengan Extraordinary General Meetingnya (EGM) dan MIC yang mana presidennya bersama isteri telah disaman oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maju Institute of Educational Development (MIED), dan juga masalah Progressive People Party (PPP) dan sebagainya.bukankah ini lebih memuncak masalahnya berbanding dengan masalah Pakatan Rakyat?
Barangkali Dato’ Dr.Shamsul Baharin cuba untuk menangguk di air yang keruh, mana tahu mungkin ada kepimpinan UMNO yang akan menggunakan jasanya nanti dan akan memberikan keuntungan buatnya. Lupakan saja akan cita-cita monyet itu wahai Dato’ Dr.Shamsul Baharin.
Ada baiknya jaga hal ehwal masing-masing, dan jangan menyusahkan diri untuk menjadi orang yang munafik. PAS dan rakannya dari Pakatan Rakyat tidak pernah bergaduh dengan anda, dan rasanya PAS bersama Pakatan Rakyat juga tidak pernah mengenali anda sebelum ini. Mengenali dalam erti kata melihat kelancangan mulut anda menyumpah Pakatan Rakyat.
Kalau saja niat anda untukmendapatkan perhatian daripada UMNO, sedarlah bahawa anda hanya akan dipakai selagi mana anda dapat dipergunakan oleh mereka.
Seperti mana yang pernah saya katakana sebelum ini, lihat sajalah nasib mangkuk-mangkuk sumbing di dalam UMNO dahulunya, seperti bekas Imam Masjid Negara Mr.Firdaus, Tuan Ezam al-Munafik, dan yang seangkatan dengannya. Nasihat saya, jangan jadi seperti mereka.
No comments:
Post a Comment